MARA KETAWA PAGE 3

SALAH NAIK BAS
Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk menaiki bas,dia duduk di sebelah perempuan tua.Menyampah tengok keadaan lelaki itu yang berserabut dan berbau masam,perempuan tua itu menasihati lelaki itu dan salah satu ayat yang disebut oleh perempuan tua itu...."Kamu tau tak kamu akan ke neraka...!"Si lelaki mabuk terkejut.Matanya terjegil macam orang sembelit.Dia terus bangun dan menekan loceng bas lalu menjerit..."berhenti!Saya salah naik bas!"


NAIK PANGKAT
Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.
Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”
Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”
Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”
Salim: “Terima kasih tuan….”
Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”
Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?


 ISU KAHWIN
Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.
Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.
Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin
Rizal : Sekali sahaja.,
Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,
Rizal : Seorang perempuan, Tuan!
Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,
Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.


 KENTOT DALAM KELAS
Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!
Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.
Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??
Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.

DILEMA SEORANG LELAKI BERGELAR DOKTOR
Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”




PAGE 01 O2 03 04 05 06 07 08 09 10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kami di facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...