10 NEGARA PALING KECIL DUNIA

Di bawah ini adalah senarai 10 negara terkecil dunia. mungkin ada di antara kita fikir negara Singapore dan brunei adalah negara terkecil. Memang ia adalah negara terkecil tetapi masih ada  banyak lagi negara paling kecil dunia. ada juga negara yang keluasan tak sampai 1km persegi pun. tetapi mempunyai pentadbiran sendiri.
 1. Vatican City (0.44 km persegi)
Vatican City ialah wilayah tertutup yang dikelilingi dinding di bandar Rome. Populasinya lebih kurang 826 orang (Julai 09). Ia mula wujud pada 1929. Negara ini merupakan negara ecclesiastical yang dipimpin oleh bishop Rome – The Pope dan menjadi pusat utama bagi agama Kristian.


2. Monaco (1.95 km persegi)
Dikenali juga sebagai Principality of Monaco, ia terletak di barat daya Eropah iaitu pesisiran Laut Mediterranean. Populasinya dianggarkan 32,965 orang (2009). Negara ini dikenali sebagai ‘tax haven’ dengan lebih kurang 84% penduduknya hidup dalam kemewahan. Ia mengamalkan monarki berpelembagaan.


3. Nauru (21 km persegi)
Republic of Nauru juga dikenali sebagai Pleasant Island, terletak di Pasifik Selatan. Ia merupakan negara berpulau paling kecil dan mendapat kemerdekaan pada 1968. Populasinya dianggarkan 10,000 orang (Mac 09). Secara tradisi negara ini mempunyai 12 suku yang diwakili oleh 12 bendera berbeza.



4. Tuvalu (26 km persegi)
Sebelum ini dikenali sebagai Ellice Island. Ia terletak di Lautan Pasifik, antara Hawaii dan Australia. Populasinya dianggarkan seramai 12,373 orang (Julai 09). Negara ini merdeka sepenuhnya pada 1978, di bawah naungan Komanwel. Ia mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Monarki Berpelembagaan kerana berada di bawah naungan Ratu Elizabeth II.


5. San Marino (61 km persegi)
The Most Serene Republic of San Marino terletak di pergunungan Apennine. Ia merupakan negara berdaulat dan republik berpelembagaan yang paling tua pernah direkodkan. Negara ini diwujudkan pada 3 September 301 oleh tukang batu, Marinus of Rab. Populasinya dianggarkan seramai 29,973 pada Julai 2008. San Marino dikelilingi oleh negara Itali.



6. Liechtenstein (164 km persegi)
The Principality of Liechtenstein ialah negara ‘doubly landlocked’ iaitu negara yang perlu melalui dua sempadan negara sebelum sampai ke negara ini. Ia bersempadan dengan Switzerland di bahagian barat dan selatan dan Austria di bahagian timur. Populasinya pada 2008 dianggarkan seramai 35,446 orang.


7. Marshall Islands (181 km persegi)
Republic of the Marshall Islands ialah negara kepulauan yang terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik. Antara 1946 hingga 1958, negara ini telah menjadi pusat ujian senjata nuklear oleh US, iaitu sebanyak 67 kali. Ini termasuk ujian nuklear terbesar, Castle Bravo. Pada 1956, ia diisytiharkan sebagai ‘tempat paling tercemar di dunia’. Anggaran populasi pada 2009 ialah seramai 62,000 orang.


8. Saint Kitts and Nevis (261 km persegi)
Juga dikenali sebagai The Federation of Saint Christopher and Nevis, ia merupakan negara persekutuan yang terdiri dari dua pulau di Barat India. Negara ini merupakan antara pulau terawal di Caribbean yang dijajah oleh Eropah. Kini ia menjadi negara Komanwel yang merdeka dengan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Populasinya dianggarkan seramai 42,696 orang (Julai 05).



9. Maldives (298 km persegi)
Republic of Maldives terletak di Lautan India, terdiri dari 26 pulau cincin memanjang dari utara ke selatan. Ia merupakan negara terkecil di Asia dari segi populasi dan kawasan. Dengan purata aras bumi 1.5 meter di atas paras laut, ia merupakan negara terendah dalam dunia. Anggaran populasi pada 2009 ialah seramai 396,334 orang. Negara ini terkenal sebagai lokasi pelancongan bagi pencinta alam semulajadi.


10. Malta (316 km persegi)
Republic of Malta negara membangun di selatan Eropah yang merupakan antara negara terpadat populasinya di Eropah. Populasinya pada 2008 dianggarkan seramai 413,609 orang. Lokasi Malta yang strategik telah mennyebabkannya dijajah oleh beberapa kuasa seperti Roman, Perancis dan Britain. Ia menjadi negara republik pada tahun 1974 dan bernaung di bawah Komanwel.

kongsi artikel ini dengan rakan anda 

Share 


2 ulasan:

  1. salah. negara paling kecil ialah republic of molossia, dan ia hanya sebuah rumah di tengah2 usa. negara itu masih sah sampai sekarang. x caye cube google...

    BalasPadam
  2. Sogambut. Untuk claim sebagai negara berdaulat, dia perlu mempunyai beberapa kriteria yang melayakkan ia dipanggil negara termasuk mempunyai pentadbiran, sistem ketenteraan, pendidikan, rakyat dn sebagainya.

    Sebuah rumah boleh menjadi sebuah negara ke? maybe tu private royalty kot, hak milik kawasan persendirian...

    baca ni: http://mohamadfbi.blogspot.com/2011/08/so-true-england-bukan-sebuah-negara.html#axzz1fg0HohWV

    BalasPadam

kami di facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...