Memuatkan ...

kami di facebook

click here

Artifak Ini Merupakan Surat Cinta Tertua di Dunia

Apa yang menarik mengenai surat cinta ini, selain daripada usianya yang dah ribuan tahun? Antaranya ialah sebab surat ini diukir atau ditulis atas batu, dan keduanya ialah surat ini ditulis dari seorang wanita kepada seorang lelaki.

Surat cinta ini memang boleh HH anggap kira legend la, sebab dah dianggap sebagai yang tertua di dunia. Nanti lihat terjemahan mengenai isi kandungan surat ni ehh ...

Surat cinta tertua di dunia ini dijumpai di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq. Ia dikatakan ditulis pada sekitar tahun 2200 SM. Penemuan ini berdasarkan kajian arkeologi oleh Noah Kramer Profesor dari Philadelphia University pada tahun 1889. Ia hanya diketahui merupakan sebuah surat cinta setelah 58 tahun penemuannya.


Apabila dah dapat terjemah, barulah diketahui bahawa ianya merupakan sebuah surat cinta. Ia merupakan surat yang ditulis oleh seorang pendita tinggi (High Priest) bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan kepada seorang Raja yang merupakan bakal suaminya. Mengikut tradisi masyarakat Sumeria, si isteri akan menulis puisi cinta kepada suaminya di malam perkahwinannya. 

Terjemahan surat cinta tersebut:

Bridegroom, dear to my heart, Goodly is your beauty, honeysweet, Lion, dear to my heart, Goodly is your beauty, honeysweet. 

You have captivated me, Let me stand tremblingly before you. Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber, You have captivated me, Let me stand tremblingly before you. Lion, I would be taken by you to the bedchamber. 

Bridegroom, let me caress you, My precious caress is more savory than honey, In the bedchamber, honey-filled, Let me enjoy your goodly beauty, Lion, let me caress you, My precious caress is more savory than honey. 

Bridegroom, you have taken your pleasure of me, Tell my mother, she will give you delicacies, My father, he will give you gifts. Your spirit, I know where to cheer your spirit, 

Bridegroom, sleep in our house until dawn, Your heart, I know where to gladden your heart, Lion, sleep in our house until dawn. You, because you love me, Give me pray of your caresses, My lord god, my lord protector, My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart, Give my pray of your caresses. Your place goodly as honey, pray lay your hand on it, Bring your hand over like a gishban-garment, Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.


SUMBER  www.hasrulhassan.com
[lihat artikel penuh >>]

7 Perang Aneh Dalam Sejarah

1 - The Anglo-Zanzibar War:  perang paling singkat dalam sejarah, hanya 40 minit

Perang aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.


Menurut perjanjian yang ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya. Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.

Sikap menentang Khalid dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos. British membedil istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga istana. Sekurangnya 500 terkorban di pihak Khalid, sementara hanya seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung selama 40 minit.

The Pig War2 - The Pig War: terjadi kerana menembak seekor babi
 
Pig War @ Perang Babi adalah perang yang terjadi gara-gara tertembaknya seekor babi. Ia adalah konfrontasi pada tahun 1859 di antara pihak berkuasa Amerika dan British ke atas sempadan antara Amerika Syarikat dan Amerika Utara British. Kawasan tertentu yang dipertikaikan adalah San Juan Islands, yang terletak di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.

Perang Babi, dipanggil sedemikian kerana ia telah dicetuskan oleh menembak seekor babi, juga dipanggil Episod Babi, Perang Babi dan Kentang, Sengketa Sempadan San Juan atau Sengketa Sempadan Northwestern. Babi adalah satu-satunya 'mangsa' perang, menjadikan konflik itu pada dasarnya tanpa pertumpahan darah.





335 Years War3 - 335 Years War: berlangsung selama 335 tahun tanpa ada korban
Perang ini luar biasa lamanya iaitu 335 tahun (1651-1986), antara Belanda (Netherlands) menentang Kepulauan Scilly (perairan barat daya United Kingdom). Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah. Setelah ratusan tahun, walaupun perang ini tidak menentu, akhirnya perdamaian ditandatangani pada tahun 1986.

Moldovan-Transdniestrian War
4 - Moldovan-Transdniestrian War: dimana pegawai-pegawai kedua belah pihak akan minum bersama-sama pada waktu malam dan berperang pada siang hari
Setelah Soviet Union runtuh, dua pertiga dari Moldova mahu berhubung erat dengan Romania dan negara-negara jiran barat. Tetapi bahagian timur sungai Dniestr mahu tinggal berdekatan dengan Ukraine dan Russia. Perang pun meletus, dan timur berpecah untuk membentuk Transdniestria, yang masih tidak diiktiraf oleh dunia.

Apabila Moldova dan Transdniestria mula berjuang, ia adalah satu peperangan yang pelik. Tentera tempatan memanggilnya Drunken War (Perang Mabuk), dimana pegawai-pegawai tentera bertemu setiap malam untuk minum bersama-sama. Mereka pergi pada waktu pagi dan melepaskan tembakan di antara satu sama lain. Pada waktu malam, mereka berkumpul sekali lagi untuk minum dengan orang-orang yang mereka telah bertemu pada malam sebelumnya dan yang mereka telah bunuh.

5 - Emu War: bagaimana Australia kalah perang menentang burung Emu
Emu WarEmu War @ Perang Emu, juga dikenali sebagai The Great Emu War, satu operasi ketenteraan selama seminggu yang dijalankan di Australia pada bulan November 1932 untuk menangani kebimbangan orang ramai ke atas beberapa ekor emu yang dikatakan akan mengamuk di daerah Campion, barat Australia. Burung-burung Emu itu telah bertindak balas kepada musim panas yang panjang,  panas, yang menyebabkan kekurangan makanan dan air.


 Perang yang dijalankan di bawah pimpinan Major Meredith dari Royal Australian Artillery (Artileri Diraja Australia), memberi arahan kepada satu pasukan askar bersenjata dengan dua senapang mesin Lewis dan 10,000 pusingan peluru. Tetapi menembak secara membuta tuli pada kumpulan burung yang boleh berlari sehingga 50 km/j (30 mph) tidak membawa hasil yang dijangkakan. Burung-burung itu dengan mudah melarikan diri walaupun selepas ditembak oleh pusingan mesingan.

Sepanjang seminggu atau lebih, hanya segelintir daripada 20,000 burung dianggarkan sebenarnya dibunuh. Major Meredith - komander Australia dalam 'Emu war' - hairan dan membandingkan emu dengan Zulu. Selepas beberapa hari, Menteri Pertahanan mengarahkan pembubaran. Dan dengan itu 'Emu War' berakhir dengan kekalahan ketenteraan Australia.


The Football War6 - The Football War: bermula dengan sebuah permainan bolasepak

Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Football War @ Perang Bolasepak (La guerra del fútbol - dalam bahasa Sepanyol), kerana berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua kelayakan Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 14 Julai 1969, zon Amerika Utara.


Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari. Pemicu konflik ini adalah masalah imigrasi dari El Salvador ke Honduras. 
Puncaknya, El Salvador melancarkan serangan ke atas Honduras. Lalu, organisasi AS membuat rundingan gencatan senjata yang berkuat-kuasa pada 20 Julai. El Salvador akhirnya turut serta Piala Dunia tahun 1970, di mana mereka gagal untuk maju dari Peringkat Kumpulan.

War of 18127 - War of 1812: disebabkan oleh kerosakan komunikasi telegraf
Juga dikenali sebagai Mr Madison's War @ Perang Mr Madison, dimana perang tahun 1812 itu adalah dalam banyak cara peperangan yang paling aneh dan pelik dalam sejarah Amerika Syarikat.


Ia boleh dinamakan Perang Komunikasi Rosak. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi penyebab utama pertelingkahan itu. Kalaulah ada komunikasi telegraf dengan Eropah, perang mungkin dapat dielakkan.
Ketua Amerika Syarikat membuat aduan terhadap pihak British yang telah campur tangan dengan perkapalan. Tetapi New England, seksyen perkapalan besar Amerika Syarikat, dengan keras menentang idea berperang. Permintaan untuk perang datang terutamanya dari Barat dan Selatan.

Di samping itu, perjanjian keamanan yang menghentikan perang tidak menyelesaikan isu-isu yang di mana ia telah kononnya berlaku. Akhir sekali, kedua-dua pihak mendakwa kemenangan dalam perang tahun 1812 itu, dan ia menjadi jelas bahawa seluruh perjuangan itu adalah percanggahan besar yang keliru.






SUMBER  http://scaniaz.blogspot.com
[lihat artikel penuh >>]

10 KEMALANGAN PALING MAHAL DUNIA







 10.Titanic ($150 Juta)
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yang paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)



9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.



8. MetroLink Crash ($500 Juta)
Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.



7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yang pernah dibina oleh US.



6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.



5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)
Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.



4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)
Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.



3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)
Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.



2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.



1. Chernobyl ($200 Billion) 
Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.


SUMBER  http://t5crew.blogspot.com
[lihat artikel penuh >>]

KEHIDUPAN MEWAH PENGASAS MEGAUPLOAD

Lelaki yang lahir di Kiel, Jerman ini dibesarkan dengan nama Kim Schmitz. Lebih 10 tahun lalu dia menukar namanya kepada Kim Dotcom. Sebelum ini, dia juga pernah dikenali sebagai Kimble dan Kim Tim Jim Vestor.

Aksara 'dot com' yang sinonim dengan terma internet seakan-akan menggambarkan siapakah Dotcom, 38, yang mempunyai status penduduk tetap di Hong Kong dan New Zealand itu.

Dia boleh digelar sebagai seorang genius internet kerana kejayaan memperkenalkan jaringan perkongsian fail di internet yang popular, Megaupload.com.

Dotcom juga berbangga kerana memegang kedudukan teratas permainan video dalam talian, Call of Duty: Modern Warfare 3. Dia menggunakan nama MEGARACER dalam permainan video yang disertai 15 juta orang di seluruh dunia itu.

Tetapi nampaknya lelaki gempal seberat 127 kilogram itu menggunakan kepakaran tersebut pada jalan yang salah.


Pakar

Dotcom yang hanya mendapat pendidikan sehingga sekolah tinggi itu pernah dipenjarakan selama dua tahun di Jerman pada tahun 1998 kerana kesalahan menggodam internet.

Selepas itu, dia bangkit dengan menubuhkan sebuah firma keselamatan komputer yang sah dan menjualnya untuk menjadi seorang yang kaya raya.

Pada tahun 2005, Megaupload ditubuhkan. Pada mulanya sistem itu sekadar sebuah 'kunci siber' yang bertindak sebagai penyimpan dan perkongsian fail bersaiz besar dan maklumat kepada pengguna dalam talian.

Antara muatan yang popular termasuklah fail-fail digital lagu, video klip dan filem. Biarpun melanggar hak cipta, perniagaan itu mendapat sokongan daripada beberapa artis antarabangsa termasuklah penyanyi Kanye West.






Pada Disember tahun lalu, Dotcom telah mengumpul beberapa orang artis untuk menyanyikan lagu promosi Megaupload bersama video klipnya. Antara artis yang terlibat ialah Kanye West, Will.i.am, Jamie Foxx, Sean 'Diddy' Combs, Alicia Keys, Chris Brown dan ramai lagi.

Selain Megaupload, Dotcom memudahkan pengguna memuat naik episod penuh rancangan televisyen dan filem untuk ditonton secara percuma menerusi Megaporn.com dan Megavideo.com.

Daripada perniagaan 'haram' kerana melanggar hak cipta itu, dia hidup bertilamkan wang ringgit.

Hidupnya begitu mewah. Dotcom memiliki sekurang-kurangnya 18 buah kereta mewah pelbagai jenama termasuklah sebuah kereta jenis Cadillac berwarna merah jambu keluaran 1959.

Dia memiliki kereta daripada jenama Mercedes Benz, Rolls-Royce Phantom, Mini Cooper dan Lamborghini.

Beberapa buah kereta kesayangan Dotcom mengguna nombor plat yang dibeli khas yang tertera perkataan HACKER, MAFIA, GUILTY, GOD, V, KIM COM, CEO, POLICE dan STONED.

Menurut Biro Penyiasatan Pusat (FBI), Dotcom memperoleh pendapatan sebanyak AS$115,000 (RM349,715) setiap hari. Tidak hairanlah jika dia mampu membeli sebuah rumah agam yang terletak di Coatesville, New Zealand di dalam sebuah kawasan hartanah seluas 2,300 meter persegi.

Rumah mewah yang bernilai AS$24 juta (RM73 juta) itu terletak kira-kira 24 kilometer dari ibu negara Auckland.

Sebelum berpindah ke rumah itu, Dotcom menghantar e-mel kepada isteri jirannya di situ, France Komoroski dan seakan-akan bergurau menyatakan bahawa dia boleh membantu mereka membeli saham dan mengelak cukai.

"15 tahun lalu saya adalah seorang penggodam dan 10 tahun lepas saya disabitkan kerana perniagaan haram. Selepas itu saya menjadi seorang budak baik, rekod jenayah saya telah dibersihkan dan saya kini telah menjalankan sebuah syarikat berasaskan internet," kata Dotcom dalam e-mel tersebut.

Dalam sebuah rakaman video yang tersebar di laman sosial YouTube pula, Dotcom dilihat sedang bergembira dengan beberapa orang wanita separuh bogel dalam sebuah kapal mewah di Monaco.

Serbu

Menurut pihak berkuasa AS, Dotcom telah mendalangi sebuah skim yang memberinya kekayaan lebih AS$175 juta (RM532 juta) dalam beberapa tahun dengan cara menyalin dan mengedar muzik, filem dan kandungan dengan hak cipta tanpa kebenaran.

Justeru pada 19 Januari lalu, laman web www.megaupload.com yang beroperasi di Hong Kong telah ditutup oleh FBI.

Sehari kemudian bapa kepada tiga orang cahaya mata itu ditahan oleh pihak berkuasa New Zealand bersama tiga orang rakannya kerana kesalahan itu.

Rumah mewahnya itu turut diserbu sehinggakan segala kekayaan yang tersembunyi diketahui oleh pihak berkuasa. Ketika ditahan Dotcom sedang meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 21 Januari.

Menurut Wall Street Journal, ketika ditahan pihak berkuasa, Dotcom bersembunyi di dalam sebuah bilik kebal yang dilengkapi dengan senapang shotgun.

Dia kini ditahan dalam penjara di New Zealand sementara menunggu perbicaraan.


[lihat artikel penuh >>]

LUCU: 3 X 3 MALANG

Adakah anda rasa gambar ini lucu. Tidak?  mungkin bagi anda yang melihat hanya satu gambar tidak merasa lucu. tetapi anda harus perhatikan satu persatu gambar-gambar di bawah ini. Anda akan rasa geli hati tentang gambar ini.. 

Ada sebuah kereta yang tercampak kedalam sungai. 

 sebuah kren sedang menaikkan kereta yang tercampak kedalam sungai.

Hampir berjaya kren menaikkan kereta  ke atas. namun!!!

oppps! kren yang menaikkan kereta tadi juga telah tercampak kedalam sungai..

keadaan kren yang tercampak kedalam sungai


kren yang lebih besar di perlukan untuk menaikkan kedua dua kenderaan yang tercampak.




kereta yang ttercampak kedalam sungai telah berjaya dinaikkan keatas.



namun untuk menaikkan kren yang terjatuh tadi juga  malang akhirnya. kedua dua kren tadi telah tercampak kedalam sungai. mungkin mereka memerlukan kren yang lebih besar lagi. tapi tidak tahu lah kalau kren yang lebih besar juga tercampak kedalam sungai untuk menaikkan kedua dua kren ini..






kongsi lah artikel ini dengan rakan anda di facebook dan twitter anda..
[lihat artikel penuh >>]

PENEMUAN KEMBAR BUMI

PENYELIDIKAN untuk membuktikan kewujudan makhluk asing seperti yang digambarkan dalam filem Hollywood seperti E.T. dan Avatar sudah lama dimulakan. Begitupun, belum ada bukti yang dapat menyokong teori itu.  

Malah, hidupan lain seperti bakteria dan tumbuh-tumbuhan di bulan atau planet lain juga tidak diketahui kewujudannya. 

Bagaimanapun, penemuan sebuah planet baharu yang mempunyai banyak persamaan dengan bumi awal minggu ini oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat memberi dimensi baru dalam penyelidikan tentang kehidupan di angkasa lepas. 
Diberi nama Kepler -22b, planet yang terletak di luar sistem suria bumi itu berada di dalam zon boleh dihuni.
Ia mempunyai suhu selesa yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk seakan musim bunga iaitu sekitar 22 darjah Celcius.
Bahkan, keadaan geofizikalnya yang mempunyai air dan tanah melengkapkan lagi potensi terbaik planet tersebut untuk menampung kehidupan. 
Dengan saiz 2.4 kali lebih besar berbanding bumi, planet itu ditemui melalui teleskop Kepler milik NASA yang dilancarkan pada tahun 2009 untuk mencari planet-planet baru. 
"Penemuan Kepler -22b adalah satu sejarah baharu manusia. 
"Sebelu  ini pakar astronomi pernah menjumpai dua planet end typing di dalam zon sama tetapi ia tidak mampu menampung kehidupan," ujar 

Profesor Astronomi di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS), Geoff Marcy. 

Persamaan

Geoff yang juga perintis usaha mencari planet di luar sistem suria bumi menjelaskan, penemuan planet baharu ini membuktikan penerokaan NASA untuk mencari planet serupa bumi tidak sia-sia. 

"Walaupun perlu meneroka jauh di luar angkasa, kita sebenarnya semakin hampir dengan matlamat itu," katanya. 

Selain suhu yang selesa, tanah dan air, Kepler -22b yang jaraknya dikatakan 15 peratus lebih dekat dengan bintang seakan matahari berbanding bumi. 

Kepler turut mengelilingi 'bintang matahari' itu dalam tempoh 290 hari setahun iaitu hampir menyamai 365 hari setahun di bumi.

Sejak dilancarkan pada akhir 2009, Geoff dan Pasukan Teleskop Angkasa Lepas Kepler telah berjaya mengenal pasti 1,200 planet namun penemuan sebelum ini dikenal pasti tidak mempunyai ciri sesuai untuk dihuni. 

Misi yang menelan berbilion dolar itu dilancarkan untuk mencari planet seakan bumi dengan merentasi permukaan bintang asing.

Oktober lalu, NASA mendedahkan sebuah kapal angkasa miliknya telah menjumpai sistem tiga planet luar biasa yang mengandungi satu planet Super Bumi dan dua planet bersaiz Neptun mengorbit bintang seakan matahari kita.

"Teleskop Angkasa Kepler menemui tiga planet di sekitar bintang Kepler-18, yang 10 peratus lebih besar daripada matahari kita dan mengandungi 97 peratus jisim matahari," ujar Bill Cochran, ketua pengkaji di Universiti Texas.

Jelasnya, sistem asing juga boleh menjadi perumah kepada lebih banyak planet daripada apa yang telah ditemui setakat ini.

Kesemua tiga planet yang diberikan nama Kepler-18b, c dan d itu mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya berbanding Utarid mengelilingi matahari.

Calon planet
TELESKOP Kepler yang meneroka angkasa luar.



Bagaimanapun, planet Kepler-18b mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya, iaitu mengambil hanya 3.5 hari untuk melengkapkan putarannya. 

"Planet yang mempunyai jisim kira-kira enam kali jisim bumi dan dua kali saiz planet kita, menjadikan planet Kepler-18b sebagai Super Bumi," jelasnya. 

Kepler-18c pula mengambil masa 7.6 hari untuk mengorbit bintang induknya dan 5.5 kali lebih besar daripada bumi, dan mempunyai jisim yang hampir sama dengan 17 buah bumi. 

Kepler-18d mengambil masa 14.9 untuk mengorbit dan kira-kira tujuh kali lebih besar daripada bumi dengan jisim 16 kali jisim bumi. 

Berdasarkan anggaran ini, planet c dan d adalah layak sebagai dunia 'Kelas Neptun' berketumpatan rendah. 

Sementara itu, menurut Ketua Penyiasat Sains Misi Kepler NASA, William Borucki, planet-planet di sekeliling Kepler-18 membantu ahli astronomi kerana aktiviti orbit antara Kepler-18c dan Kepler-18d
menunjukkan bahawa mereka mestilah berada di dalam sistem planet yang sama.

"Tetapi untuk membuktikan identiti Kepler-18b sebagai Super Bumi merupakan sesuatu yang rumit," katanya.

Sehingga kini, Kepler telah menemui 1,235 'calon' planet yang sedang menunggu pengesahan melalui pemerhatian susulan.

Daripada jumlah itu, 54 planet dikenal pasti berada dalam zon Goldilocks.

Misi utama Kepler bukanlah untuk mengenal pasti planet mana yang mempunyai hidupan namun ia sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenai planet yang berpotensi untuk hidupan.

Dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.

"Satu daripada empat bintang yang serupa dengan matahari dalam galaksi Bima Sakti didapati menempatkan banyak planet bersaiz bumi sekali gus mencadangkan bahawa sistem yang menampung kehidupan seperti di bumi mungkin lebih banyak terdapat berbanding jangkaan sebelum ini,"
ujar Borucki.

Boleh dihuni

ASTEROID Lutetia yang dikatakan material asal
yang membentuk Bumi, Zuhrah dan Utarid.
Dia turut memberitahu, pasukan penyelidiknya telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami. 

Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti. 

Namun, pada tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.

Saintis Kepler, Natalie Batalha berkata, jumlah tersebut melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi.

"Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui. 

Walaupun jarak Kepler -22b itu jauhnya 600 tahun atau 5,760 trilion kilometer dari bumi, keadaan itu bukan halangan untuk para saintis angkasa lepas mengkaji tentangnya," kata Natalie.


SUMBER  http://darulruqiyyah.blogspot.com
[lihat artikel penuh >>]

TRAGEDI PERGADUHAN DI BULAN PUASA (BAHAGIAN PERTAMA)

SALAM BLOGGER.....

Kali ni aku nak cerita sikit kisah aku kat dalam entry ni. Kisah ni tentang aku bergaduh dengan orang cina pada bulan puasa yang lepas.. bergaduh teruk jugak la...  Cina tu hampir kena tetak dengan parang aku.. tapi nasib baik la...kalau tak memang nahas... 

Kisah ni bermula pada bulan puasa  baru-baru ni.. Aku tinggal dengan member kat rumah sewa di johor bahru. tak ramai hanya 3 orang jer.. Lepas buka puasa aku ada cakap dengan member, aku nak ajak member-member aku ni pergi CS (city Squer).Sajer jalan jalan. lagipun duduk rumah tak tahu nak buat apa.. memang bosan la kalau tak tahu nak buat apa..  sebab tu aku ajak member aku pergi jalan jalan. pusing pusing lepak CS..
Seperti kebiasaan sebelum tidur, kami sembang sembang dulu. macam macam hal kami sembang. dari  cerita yang betul sampai la ke cerita mengarut. maklum la kalau dah sembang tu. memang tak ingat dunia.. haha.. lepas sembang yang macam macam cerita ni kami pun tidur la.. ye la sebab dah larut malam. kena la tidur. 

Di mulakan kisah pada pagi hari itu aku bangun awal. Aku kejutkan member aku bersahur. aku rasa dalam pukul 4 pagi jugak la.. Aku rasa macam pelik. selalunya member aku yang kejutkan aku bangun sahur. tapi kali ni aku pulak yang bangun awal kejutkan member aku bangun sahur. Tapi sebelum aku kejutkan member aku bangun sahur. aku tengok dulu kereta aku yang baru seminggu aku beli.  kereta yang aku beli adalah jenis honda civic.. warna putih. dah puas belek kereta tu baru la aku kejutkan member aku bangun sahur. sahur pun ala kadar jer. panaskan lauk semalam. Lepas sahur member aku sambung tidur balik. aku tak nak tidur dah. aku nak basuh kereta dulu. baru la masyuk gi jalan jalan.haha....

Bila dah siap aku basuh kereta aku terus kejut member aku. sebab matahari dah keluar. Memang sesuai sangat sangat la keluar masa ni.  Bila semua dah siap.aku dengan member aku masuk dalam kereta. bila aku star kereta tu. tak nak hidup pulak kereta tu. angin aku satu badan. ye la. masa orang nak keluar boleh pulak tak nak hidup. siapa tak angin..  president amarika pun angin kalau macam ni.. tapi aku lagi angin. sebab kereta tu  baru seminggu aku beli. kalau dah 10 tahun kereta tu aku beli aku tak kisah sangat la. ni aku baru beli seminggu..  aku terus telefon kedai yang aku beli kereta tu. tokey kedai tu pelik. baru seminggu dah tak boleh hidup. tokey kedai tu pun hantar dia punya mekanik. 

sementara tunggu mekanik tu sampai kami pun sembang la. bincang mana nak pergi lagi. macam macam tempat yang kami cadang nak pergi. sampai ke kuala lumpur pun ada kami bincang. haha. tapi cadangan nak pergi kuala lumpur tak jadi la. tempat tu bukanya dekat. kami kat jb. saja cakap nak pergi kl. hanya gurau ngan member jer.. tak lama kemudian mekanik yang tokey kedai kereta hantarkan tu pun sampai. tak sampai 5 minit mekanik tu baiki dah boleh hidup. korang tau apa mekanik tu cakap nagn aku. 

" aiya.. lu olang ni bikin wa susah la. benda kecik itu macam pun lu olang taktau.. kabel bateri tercabut la. macam mana itu kereta mau hidup" mekanik tu marah dekat aku. patut la taknak hidup kabel bateri tercabut rupanya..malu aku dekat mekanik tu. benda kecik pun tak tahu.. huhuhu..

lepas hidup jer kereta tu aku terus bawa kereta tu ke destinasi yang kami nak tuju. destinasi pertama yang kami nak tuju adalah cs. sebab tu adalah tepat utama dalam cadangan kami..  sedap sedap bawa kereta tetiba jalan yang lengang tadi menjadi sesak.  aku pun pelik la. jalan yang tak pernah jem boleh pulak jem. mungkin  ada kereta rosak kot.  aku pun bawak la kereta ni macam kura kura. lengoh jugak la nak kaki pijak padle klac. bila sampai jer tempat yang membuat jalan jem tadi aku terus kecut perut.apa taknya ada polis kat depan. tu yang membuat jalan jem "alamak ada roadblock la. mampus aku.. aku bukan ada lesen pun." aku cakap dalam hati aku. aku tanya member aku. macamana ni takkan nak pusing balik. kalau motor ni dah lama aku pusing. biar sonsang jalan asalkan selamat.haha tapi bukan selamat pasal tak kena langgar. tapi selamat tak kena saman dek pak polisi.. haha berbalik pasal cerita tadi. aku pun redah jer. apa nak jadi pun jadi la..

bila dah dekat dengan polis tadi. aku buat muka tak bersalah. macam tak ada apa apa. bila dah dekat jer polis tadi terus bagi isyarat kat aku terus jalan. jangan berhenti kereta. fuhh nasib baik.. rupanya ada kemalangan. ingatkan ada roadblock tadi.patut la polis tadi bagi isyarat jangan berhentu kereta. sebab dia taknak jalan jadi sesak lagi.. aku tengok kemalangan tu ngeri jugak la. lori trellar langgar dengan kereta kancil.  hancur kereta kancil tu.. 

lepas kemalangan tu aku pun teruskan perjalanan aku menuju ke destinasi aku.. sampai jer kat CS aku pun cari la parking kereta. susah betul la nak dapat parking kosong. semuanya penuh. aku pun pusing la 2 3 kali kot kot yang penuh tadi dah ada yang keluar. pusing punya pusing akhirnya aku nampak ada sebiji kereta nak keluar parking. aku pun tunggu kereta tu keluar baru aku masuk parking.. lepas kereta tu keluar jer aku pun masuk la parking tadi. belum sempat aku masuk tetiba ada seorang cina ni terus potong aku dan curi parking yang aku dah set nak parking tadi. aku pun keluar dari kereta terus pergi ke kereta cina tadi. aku pun tanya la cina tu elok elok. 
   "hello, kenapa lu curi parking wa"
   "sorry sorry, wa taktau ni lu punya parking" cina tu mintak maaf kat aku
   "okey, lu cari parking lain la. ini parking wa dapat dulu" aku suruh cina tu cari parking lain..
   "tapi sikalang suasah mau dapat parking kosong. lagipun wa mau cepat., wa ada hal" cina tu bagi alasan
   " kalau lu ada hal, wa pun ada hal. sama sama ada hal. so lu cari lain parking. ini parking wa dapat dulu"
   "aiyaa. wa cakap wa ada hal wa ada hal la. lagipun ini parking wa sudah masuk dulu. lu olang cari parking lain la. aiya bodoh punya olang" cina tu cakap aku bodoh. bergelegak darah aku tengok cina tu
   "hello, wa cakap sama lu elok elok tau. kenapa lu cakap wa bodoh. wa pantang kalau orang cakap wa bodoh."
    "memang betul la lu olang bodoh. ini parking pun lu mau berebut.lain parking kan banyak"
    "sial la lu ni."  aku terus tarik cina tu keluar dari kereta bila dia cakap bodoh  buat kali ke 2 kat aku.aku terus tumbuk muka cina tu. tapi tumbukkan aku tak kena. cina tu tepis guna tangan kiri. pastu tangan kanan cina tumbuk perut aku. tak sempat mengelak. siot.. senak perut aku. aku terajang cina tu dua das jugak cina tu kena terajang ngan aku. 4 5 langkah jugak cina tu berganjak bila aku terajang tadi. aku tengok cina tu rebah jer aku terus berlari kat cina tu nak terajang terbang macam cerita jet li. haha.. tapi tak kena.. masa bila pun aku tak tau bila cina tu keluarkan pisau kecik dia.. zusss..aduhhh  calar pipi aku kena libas ngan pisau kecik dia. sial la cina ni. aku pun pergi kat kereta aku.. cari apa yang boleh aku buat  senjata. akhirnya aku jumpa parang kat dalam bonet kereta aku. kebetulan semalam aku pergi kebun cari buah durian guna parang. lupa nak simpan kat rumah.. aku capai parang tu terus aku lari ke arah cina tu. aku hayun parang tu tinggi tinggi..  aku nak tetap cina tu dengan parang..  apabila parang tu hampir kena muka cina tu tetiba. ada orang tepuk bahu aku........ 

bersambung la dulu nanti aku cerita kat bahagian kedua




[lihat artikel penuh >>]

TRAGEDI PERGADUHAN DI BULAN PUASA (BAHAGIAN KEDUA)

Bersambung dari kisah yang lepas ( Bahagian pertama)...

Okey kali ni aku nak cerita dari sambungan bahagian yang pertama.. 
aku capai parang tu terus aku lari ke arah cina tu. aku hayun parang tu tinggi tinggi..  aku nak tetak cina tu dengan parang..  apabila parang tu hampir kena muka cina tu tetiba. ada orang tepuk bahu aku........
"sudah sudah la tu dah pukul berapa ni" rupanya member aku yang tepuk bahu aku.
"gila kau, cina ni dah bodohkan aku. pastu  dia dah calarkan muka aku. kau cakap sudah" aku kat member aku sebab halang aku tetak cina tu.
"masalahnya aku kau terajang sekali. kau nak aku campak kau kat luar ke" aku pulak kena marah ngan member aku.
"habis sekarang ni kau sokong cina ni la. nak aku terajang kau sekali ngan cina ni ker" aku bagi amaran kat member aku
"sebelum kau terajang aku. nah kau ni ambil sebijik" terus muka aku kena lempang ngan member aku.
"aduhh" sakit beb kena lempang. aku pun buka mata 
"la aku kat rumah.ingat ker aku tengah bergaduh nagn cina tadi." rupanya aku mimpi. ingat ker betul betul. patut la berani sangat nak tetak cina ngan parang. kalau yang real. sumpah aku tak berani nak tetak orang. siap ada keretra honda civic lagi tu. mampu pulak aku beli kereta tu. bukannya murah..
"dah dah pergi basuh muka. kita sahur. dah nak habis waktu ni." aku pun bangun terus basuh muka dan terus sahur. sejak hari tu kisah aku belasah orang cina jadi perbualan hangat kat tempat aku kerja.

haha sekian dari kisah aku mimpi belasah orang cina

terima kasih sebab sudi baca

[lihat artikel penuh >>]

SPESIFIKASI HANDPHONE TERBARU IPHONE 4S

 Kali ni aku nak kongsi sikit tentang spesifikasi handphone IPhone 4S yang terbaru kat pasaran. Korang boleh baca spesikasi handphone IPhone 4S kat bawah ni.  memang menakjukkan handphone keluaran terbaru dari Apple ni.Macam-macam fungsi ada. Korang tengok la sendiri kat bawah ni.  memang perghhhhh la..... sekarang ni maxis ada buat promosi pasal handphone ni.. Kalau nak tahu korang klik la kat sini....



Disediakan CDMA hanya jika yang dijual dan diaktifkan untuk digunakan pada rangkaian CDMA.

Ketua
  • 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
                                CDMA 800 / 1900
  • 3G Network  HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
                                 CDMA2000 1xEV-DO
  • Mengumumkan  2011, Oktober
  • Status  Disediakan. Dikeluarkan 2011, Oktober

Saiz
  • Dimensi  115,2 x 58,6 x 9,3 mm
  • Berat  140 g
Paparan
  • Jenis  IPS LED-backlit TFT, kapasitif skrin sentuh, warna 16M
  • Saiz    640 x 960 pixels, 3.5 inci (~ 330 ppi pixel ketumpatan)
  • Multitouch  Ya
  • Perlindungan  Tahan calar kaca, salutan oleophobic
Bunyi
  • Jenis tanda  Getaran, ringtones MP3
  • Pembesar suara  Ya
  • 3.5mm jack  Ya
Memori 
  • Slot kad  Tiada
  • Dalaman  16/32/64 GB penyimpanan, 512 MB RAM
Data
  • GPRS  Ya
  • EDGE  Ya
  • Kelajuan  HSDPA, 14,4 Mbps; HSUPA, 5.8 Mbps
  • WLAN   Wi-Fi 802.11 b / g / n, Wi-Fi hotspot
  • Bluetooth  Ya, v4.0 dengan A2DP
  • USB  Ya, v2.0
Kamera
  • Rendah  8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash, memeriksa kualiti
  • Ciri-ciri   Pengesanan Touch tumpuan, geo-tagging, muka, HDR
  • Video   Ya, 1080p @ 30fps, video LED cahaya, video penstabilan, geo-tagging, periksa kualiti
  • Menengah    Ya, VGA
Ciri-ciri
  • OS IOS 5
  • Chipset Apple A5
  • CPU Dual-core 1 GHz Cortex-A9
  • GPU PowerVR SGX543MP2
  • Sensor Pecutan, giro, jarak, kompas
  • Mesej iMessage, SMS (Mod Thread), MMS, E-mel, Push Email
  • Pelayar HTML (Safari)
  • Radio Tiada
  • GPS Ya, dengan sokongan A-GPS dan GLONASS
  • Java Tiada
  • Warna Hitam, Putih
                      - Sokongan kad MicroSIM sahaja
                      - Kaca belakang panel tahan Scratch
                      - Bunyi pembatalan aktif dengan mikrofon yang berdedikasi
                      - Siri bahasa arahan semulajadi dan imlak
                      - ICloud awan perkhidmatan
                      - Twitter integrasi
                      - Google Maps
                      - Audio / video pemain dan editor
                      - Imej editor
                      - Voice command / dial
                      - TV-out
Bateri
  • Standard battery, Li-Po 1432 mah
  • Stand-by Sehingga ke 200 h (2G) / Sehingga 200 h (3G)
  • Masa bercakap Sehingga 14 h (2G) / Sehingga 8 h (3G)
  • Bermain muzik Sehingga 40 h
Other
  • SAR AS 1,18 W / kg (kepala) 0,98 W / kg (badan)
  • SAR EU 0,99 W / kg (kepala) 0,99 W / kg (badan)
  • Kumpulan Harga pembelian melalui maxis klik disini

Penafian. Kami tidak dapat menjamin bahawa maklumat di halaman ini adalah 100% betul.
[lihat artikel penuh >>]

KEHEBATAN SAMSUNG I8185 (GALAXY W)





  • 3.7"WVGA Screen
  • 1.4 GHz Processor
  • Android Gingerbread
  • 5 MP camera with flash
  • 1,500 mAh Battery







Samsung GALAXY W menyampaikan penuh sesak  dengan ciri-ciri di dalam prestasi mudah alih yang bergaya tinggi yang akan membawa anda dari rumah ke pejabat dan di antara yang terhebat dengan mudah. Sama ada anda melayari laman web pada kelajuan yang tinggi, mengadakan mesyuarat penting WebEx  dalam perjalanan perniagaan, menikmati beberapa downtime dengan bermain permainan HD , mudah alih ini mempunyai segalanya yang anda perlukan untuk  bersosial, yang dilayan dengan kandungan perkhidmatan yang kaya dan penyambungan AllShare dan lancar segerakkan dan produktif untuk kerja-kerja tidak kira di mana anda berada! Jadi iri hati semua orang di sekeliling anda dengan GALAXY  W baru!
 Prestasi Kuasa
 
Dengan CPU 1.4GHz, mudah alih ini dapat  mengendalikan aplikasi dan tugas-tugas yang banyak dengan mudah. Memuat aplikasi dengan cepat dan pelbagai tugas adalah lebih mudah daripada yang pernah dengan
tiada masa lag ! Lebih cepat, lebih baik dan lebih kuat.
Kaya Kandungan  Perkhidmatan: Sosial, dan hab Permainan
 
Menikmati akses mudah untuk bersosial, hiburan muzik dan permainan secara langsung dari telefon mudah alih. Hab Setiap hab berpusat yang membolehkan anda mengarang mesej dari satu lokasi, berbuat lebih banyak pada LinkindIn, Facebook dan Twitter,stream lagu-lagu  sebelum anda membeli, akses kepada premium HD-kualiti permainan dengan interaksi rangkaian sosial, dan perjudian berita.

mengeratkan lagi hubungan


Samsung GALAXY W membawa anda mengeratkan lagi hubungan antara kehidupan bimbit anda. Kies Air membolehkan anda menguruskan data mudah alih, akaun e-mel segerak dan kongsi senarai main  di kalangan PC / Mac, mudah alih dan tablet - semuanya tanpa wayar yang membebankan!
 Design anggun & Moden
 
Luas 3,7 "skrin sentuh mempamerkan grafik, permainan, teks, video dan lebih selesa dan reka bentuk anggun yang slip dengan mudah ke dalam poket.

 UX Penambahbaikan
 
Bertambah baik UX termasuk ikon yang lebih baik, menu diselaraskan, navigasi intuitif, dan interaksi yang dipertingkatkan yang membolehkan anda lebih menikmati perkhidmatan Hub mudah alih, Kies-Air, integrasi AllShare, Kamera, dll.

 Exchange Active Sync
 
Komprehensif PIM penyegerakan dengan Exchange ActiveSync menyimpan e-mel, kenalan anda, kalendar dan tugas-tugas up to date.

Untuk maklumat lanjut tentang samsung GALAXY W klik disini

Specs

Platform

  • 850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz GSM&EDGE Band
  • 3G Network&Data : HSDPA14.4 / HSUPA 5.76
  • Android 2.3 (Gingerbread)
  • Android Browser

Display

  • 16M Colour TFT Technology
  • 480 x 800 External Resolution
  • 3.7" External Display Size

Video

  • Video Player : 3GPP / H.263 / H.264 / MPEG4 / WMV / DivX / XviD
  • HD (Recording)
  • Video Streaming available
  • AMR-NB, H.263, MPEG4, H.264
  • Input Device : Touch

Business&Office

  • Document Viewer available
  • Mobile Printing
  • Offline Mode : Flight Mode
  • Voice Memo, Voice Mail

Memory

  • 4GB User Memory

Design

  • Full Touch BAR Form Factor

Battery

  • 1,500mAh Battery Capacity

Music&Sound

  • MP3 / OGG / AAC / AAC+ / eAAC+ / FLAC / WMA
  • Poly Ringtone available
  • MP3 Ringtone available
  • 3D Sound Technology : DNSe

Messaging

  • Messaging : SMS / MMS
  • vCard / vCalendar available
  • Gtalk

Personal Information Management

  • Month / Week / Day / Agenda Calendar
  • Dual Time Clock
  • Worldtime available
  • Alarm available
  • Calculator available
  • Memo Book available
  • Stop Watch available
  • Countdown Timer available

Physical Specification

  • 115.5 x 59.8 x 11.55mm Dimension
  • 114.7g Weight

Camera

  • 5 Megapixels
  • x4 Digital Zoom
  • Power LED Flash
  • Auto Focus available
  • Single / Smile / Panorama / Action / Cartoon shot
  • None / Daylight / Greyscale / Sepia
  • White Balance : Auto / Daylight / Cloudy / Incandescent / Fluorescent
  • ISO : Auto / 100 / 200 / 400

Fun&Entertainment

  • FM Radio available

Connectivity

  • BT3.0
  • 2.0 High Speed USB
  • USB Mass Storage available
  • WIFI 802.11 b/g/n
  • AGPS Supported
  • PC Sync Application : Samsung Kies

Call Function

  • Call Time : Last Call, Total Sent / Received, Reset Timers
  • Caller ID available
  • Speakerphone available
  • Video Recongnition available

sumber samsung GALAXY W
    [lihat artikel penuh >>]
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...