
Kisah 5 Misteri Kematian Paling Pelik Di Dunia | Setiap manusia 
pasti tidak akan terlepas dengan ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat
 banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. 
TApi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di 
bawah ini lebih pelik. Tak percaya? Jom baca!
1. Meninggal kerana janggut 
Hans Steininger,merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai 
janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun
 1567,terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara.Beliau lupa 
mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak 
janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati. 
2. Meninggal kerana menendang peti 
Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel,seorang pengusaha 
Whiskey terkenal di Tennessee,Amerika Syarikat ingin membuka salah satu 
peti,namun dia terlupa nombor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang 
peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi,dan 
akhirnya membunuhnya. 
3. Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler 
Pada tahun 1943,seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott 
meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan 
tentang Adolf Hitler. 
4. Meninggal kerana kulit jeruk 
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang ahli lagak ngeri.Dia juga orang 
kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan 
mengguankan tong barrel.Dia meninggal tahun 1926 kerana tergelincir 
akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan,di Selandia Baru.Kakinya patah
 dan terjadi infeksi yang parah. 
5. Meninggal kerana menahan buang air kecil 
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi.Pada tahun 
1601,beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama,di 
Praha (sekarang czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa 
ketika menghadiri jamuan makan,buang air adalah sangat tidak 
sopan.Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan 
itu berlangsung.Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan 
sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.
Namun apa cara pon kematian kita, jika kita sudah ditakdirkan meninggal dunia, maka meninggal lah kita!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan