MARI KETAWA 5

(PAGE 5)

KELUHAN
Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain…….. 



KISAH RAJA DAN KUDA BIJAK
Tersebutlah sebuah kisah sang raja yang amat ego di sebuah negeri. Baginda mempunyai seekor kuda yang amat bijak. Namun kuda bijak tersebut hanya akan menuruti perintah rajanya sahaja. Jika sang raja menyuruhnya duduk, maka si kuda pun duduk. Jika sang raja menyuruhnya memanjat pokok, maka si kuda akan memanjat pokok. Begitulah digambarkan betapa bijaknya kuda milik raja ini.

Lantaran keegoan sang raja, baginda mendapat akal untuk menghiburkan dirinya. Baginda berhasrat untuk mengadakan sebuah pertandingan. Barangsiapa yang berjaya membuat kuda baginda duduk, dia akan diberikan 500 keping emas oleh baginda sebagai ganjaran. Pertandingan pun dimulakan. Dari pagi ke petang, sang raja bergelak sakan melihat gelagat rakyatnya berhempas pulas menyuruh kuda itu duduk. Namun tidak seorang pun yang berjaya.

Maka datanglah seorang budak berumur 10 tahun ingin menyahut cabaran sang raja. Raja membenarkan dia untuk berbuat demikian. Budak tersebut terus menghampiri kuda itu. Kuda itu segera terduduk. Baginda hairan lalu bertanya sambil memberikan ganjaran seperti yang telah dijanjikan.

“Apa yang engkau lakukan kepada kudaku,” sang raja.

Dengan selamba budak itu menjawab,”Patik jentik ‘telur’ dia, tu yang terduduk terus tu,”

Budak itu pun terus pergi dari situ sambil mengira kepingan emas yang diperolehinya. Sang raja pun pulang ke mahligai istananya. Namun kisah ini tidak selesai di sini. Akal sang raja tidak hanya sampai di situ sahaja. Oleh itu, baginda mengadakan lagi sebuah pertandingan. Bukan kerana hendak membalas dendam tetapi baginda terlalu yakin dan pasti, tidak ada seorang pun yang mampu menyahut cabarannya pada kali ini. Barangsiapa yang dapat membuatkan kudanya bergeleng kepala, maka baginda akan menyerahkan kerajaan harta dan kuda baginda kepadanya.

Pertandingan dimulakan. Dari pagi hingga ke petang, tiada siapa yang dapat membuat kuda sang raja bergeleng kepala. Segala upaya telah dilakukan oleh rakyat negeri itu, tiada yang berjaya. Penduduk negeri tersebut sudah mati akal. Tiba-tiba datang budak lelaki yang berjaya dalam pertandingan sebelum ini. Dia berhasrat untuk mencuba nasib. Sang raja membenarkannya sambil mengukir senyuman sinis. Baginda terlalu pasti pada kali ini budak itu tidak akan berjaya.

Budak lelaki itu datang kepada kuda tersebut dan membisikkan sesuatu. Kuda itu terus menggelengkan kepalanya. Alangkah terkesimanya sang raja melihat perkara itu. Baginda bagaikan tak percaya dan bertanya.

“Apa yang engkau lakukan kepada kudaku,”sang raja bertanya.

“Patik tanya, ‘nak kena jentik lagi tak?’, kuda tu terus gelengkan kepala. Ehem! Sila serahkan kerajaan beta,” sekali lagi sang raja terkena. ;



HARTA PUSAKA NENEK
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek…”

Rahmat : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : “Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.”

Rahmat : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?”

Nenek : “Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.”

Rahmat : “?????” ;



TNB DAN LILIN
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan.

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, “Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata: “Ini rumah En. Ahmad ker?” “Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?”

Pegawai TNB tu pun berkata, “Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

“Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat?!”

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab:
“Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. “Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!”

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan “Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan”

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata,

“Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii?
Nak kena saman kerr?

Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni berdiri dan mententeramkan keadaan. “Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…” kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Ahmad lagi naik berang.

“Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh….”

Lalu pegawai TNB tu pun cakap “Kalau macam tu, Kita terpaksa ‘potong’ encik punya….”

Si Ahmad mencelah “apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?”

Pegawai TNB tu pun cakap ” nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa….”

=TAMAT=

Moral of the story : Waaaa hahahaha… apa- apa pun siasat dulu. Jangan main serbu aje! 



KISAH SEMASA DATING
erkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan….lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah… Sawiyah berbangga pun sendiri.

Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu.

Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar
nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang.
Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun sangat-sangat Sawiyah pasti!

“Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!” begitu lama Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.

Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama, Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug-dag menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.

Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul
sesimpul-simpulnya.

Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan… lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga… “U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u…cuma yang satu kurang gemar…bulu idung u terkeluar. Geli!!!!…”

Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya… …
Moral : Mana ada manusia yang sempurna?
JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG…  


kongsi artikel ini dengan rakan anda 

Share 





PAGE 01 O2 03 04 05 06 07 08 09 10

1 ulasan:

kami di facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...