KENALI IFRIT ATAU JIN IFRIT


Kenali IFRIT Atau JIN IFRIT


Ifrit ialah nama bagi segolongan jin kafir yang di antara mereka diberi kekuatan dan kepintaran oleh Allah s.w.t. yang ampunya hati busuk terhadap manusia.

Dalam peristiwa antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, termaktub dalam al-Quran tentang kisah burung Hud-hud yang memberitahu kepada Nabi Sulaiman tentang adanya seorang raja perempuan di negeri Saba', yang terletak di selatan semenanjung Arab. Dalam Surah an-Nahl ayat 34 diceritakan tentang kesuburan tanah Saba' yang dapat mengeluarkan hasil bumi berlipat ganda. Ratu Saba' yang bernama Balqis mempunyai singahsana yang diperbuat daripada emas, bertatahkan ratna mutu maknikam dan batu permata yang mahal-mahal. Dikatakan bahawa nama ayahnya ialah Shurahil, ibunya daripada bangsa jin bukan manusia.
Menurut Ath-Tha'labi dan al-Hafiz Ibn Kathir, bapa Ratu Balqis adalah raja besar. la enggan berkahwin dengan seorang perempuan Yaman. la telah jatuh cinta dengan seorang perempuan jin namanya Rayhanah binti As-Sakn dan melahirkan Ratu Balqis. Nama yang dipilih oleh ibunya untuk Ratu Balqis ialah Talqamah. Setengah pendapat mengatakan Balqamah.

Burung Hud-hud telah memberitahu Nabi Sulaiman bahawa Ratu Balqis dan kaumnya sujud kepada matahari (an-Naml ayat 24). Diterangkan juga bahawa biarpun kepercayaan mereka kepada Allah itu ada, namun yang mereka utama ialah penyembahan terhadap matahari. Syaitan telah memesongkan kepercayaan mereka. Mereka telah dipujuk-pujuk, dirayu oleh iblis dan syaitan hingga mereka terpedaya. Mereka merasakan bahawa amalan dan kepercayaan yang mereka lakukan itu adalah amalan yang baik dan benar.

Mendengarkan berita Hud-hud itu, Nabi Sulaiman telah berjanii akan menyelidiki kebenaran kata-kata tersebut. Setelah itu Nabi Sulaiman telah memerintahkan Hud-hud menghantar surat kepada Ratu Balqis.Baginda telah memanggil pembesar-pembesarnya apabila menerima surat yang menyuruhnya tunduk dan tidak membesarkan diri itu. Ratu Balqis mengatakan bahawa surat tersebut adalah surat mulia dari seorang raja yang besar lagi perkasa, yang memakai nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Para pembesar sepakat menjawab bahawa mereka mempunyai kelengkapan yang kuat dan cukup namun demikian segala keputusan terletak pada ratu sendiri.

Ratu Balqis telah mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada Nabi Sulaiman (an-Naml ayat 35), kerana menurut kebiasaannya hadiah itu boleh mempengaruhi keputusan seseorang. Menurut tafsir Ibn Abbas, Ratu Balqis berkata kepada para pembesarnya kalau hadiah itu diterima ini menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman itu hanya seorang raja dan perlu diperangi. Jika hadiah itu ditolak ini menunjukkan bahawa ia adalah seorang yang perlu diikuti. Nabi Sulaiman telah menolak hadiah tersebut dan mengancam akan memerangi Ratu Balqis.

Setelah utusannya kembali semula ke Saba', Ratu Balqis merasakan bahawa kerajaannya tidak berupaya hendak melawan Nabi Sulaiman. Tidak ada faedahnya kalau ia bersikap membesarkan diri. Kemudian baginda memerintahkan utusan itu kembali semula mengadap Nabi Sulaiman dengan berita ia akan segera datang bersama raja-raja dalam negerinya untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang agama yang diperkatakannya itu. Setelah itu baginda pun memerintahkan pengawal-pengawal istana mengemas singahsana yang diperbuat daripada emas padu bertatahkan maknikam, batu zamrud, zabarzad dan mutiara itu untuk disimpan dalam sebuah peti besar tujuh lapis dan disuruh kunci serta dipelihara dengan baik agar tidak ada yang mendekati duduk di atasnya atau melihatnya sehingga ia kembali dari menemui Nabi Sulaiman. Kemudian baginda pun keluar menuju ke Sham bersama-sama rombongannya.

Semasa Ratu Balqis dalam perjalanan menuju ke istana Nabi Sulaiman, dalam masa yang sama, Nabi Sulaiman telah memerintahkan jin-jin melaporkan perjalanan tersebut. Setelah beberapa hari sahaja lagi rombpngan itu akan tiba ke istana Nabi Sulaiman, baginda telah bertanya kepada orang-orang besarnya jika ada di antara mereka yang boleh membawa singgahsana Ratu Balqis ke tempat Nabi Sulaiman sebelum ia datang menyerah diri menerima agama yang didakwahkan. Mendengarkan pertanyaan tersebut salah satu ifrit telah berjanji bahawa ia akan membawa singahsana Ratu Balqist sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari tempat duduknya. Ifrit berjanii dengan mengatakan bahawa yang dikatakan itu adalah benar. Singahsana tersebut tidak akan rosak, tidak akan terdapat cacat cela barang sedikit pun terhadap singahsana tersebut biarpun antara Palastin dan Saba itu jaraknya beratus-ratus batu seperti yang tersebut dalam al-Quran

Surah an-Naml ayat 38 dan 39. (Maksudnya)

(Nabi Sulaiman) berkata, wahai orang-orang besar, siapakah di antara kamu yang akan membawakan singahsahanya sebelum dia datang kepadaku dalam keadaan berserah diri. Berkata ifrit (yang cerdik) daripada bangsa jin, aku akan datangkan kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku berupaya dan boleh dipercayai untuk melakukan demikian.

Mendengarkan janji ifrit sedemikian rupa, seorang lelaki alim ahli kitab bernama Asif bin Burkhya, yang dikatakan sebagai setiausaha peribadi Nabi Sulaiman telah sanggup mendatangkan singahsana tersebut sebelum mata Nabi Sulaiman berkelip. Kesanggupan ini termaktub dalam :-

Surah an-Naml ayat 40: (Maksudnya)

Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab, Aku akan datangkan singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkelip. Maka setelah dilihatnya singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: Ini adalah kurnia Tuhanku untuk menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (alam nikmatnya). Dan barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, Lagi Maha Mulia.


Terdapat berbagai-bagai riwayat tentang lelaki ahli al-Kitab yang sanggup membawa singahsana Ratu Balqis dalam sekelip mata yang mencabar keupayaan ifrit tadi. Selain nama Asif tadi, ada riwayat mengatakan bahawa orang tadi ialah Nabi Hidir, manakala riwayat lain pula mengatakan bahawa orang itu sebenarnya ialah Nabi Sulaiman sendiri.

Biar apa perbezaan riwayat mengenainya, maksud sebenar yang perlu difahami di sini ialah ifrit yang tersebut dalam al-Quran ini adalah daripada jenis jin yang bijak dan mempunyai keupayaan luar biasa, yang umumnya kebijaksanaan seperti ini tidak dapat ditandingi atau dilakukan oleh manusia biasa. Namun demikian berdasarkan peristiwa tersebut ternyata bahawa manusia yang berilmu itu lebih bijak dan berupaya mengalahkan kekuatan ifrit yang begitu perkasa dan bijaksana. Jelasnya bahawa ifrit adalah daripada golongan jin. Di antara mereka ada yang bijak dan tidak bijak. Namun demikian, umumya tabiat ifrit adalah untuk merosakkan manusia. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ifrit pernah datang untuk menggoda supaya Rasulullah terputus daripada mengerjakan sembahyangnya:

Sesungguhnya ada satu ifrit daripada golongan jin mencuba ke atasku (lalu melintas di hadapanku) malam tadi untuk mengoda agar sembahyangku putus.


kongsi artikel ini dengan rakan anda 

Share 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kami di facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...