TAHUKAH ANDA (PAGE 6)


  • Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir padatahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yangdijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.
  • Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ributtaufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnyatahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan inimemberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesangempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.
  • Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajardaripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraandalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.
  • Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.
  • Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.
  • Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi  masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
  • berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.
  • Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
  • Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.
  • Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.
  • Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.
  • Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.
  • Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
  • Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa  inak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.
  • Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalahN30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.

kongsi artikel ini dengan rakan anda 

Share 




PAGE 01 O2 03 04 05 06 07 O8 09 10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kami di facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...