ASAL USUL KASANOVA

Perkataan "kasanova" memang cukup fobia bagi orang perempuan kerana ia melambangkan jenis lelaki yang kaki perempuan dan suka mempermainkan perasaan perempuan. Tetapi tahukah anda perkataan kasanova atau dalam bahasa Inggeris "casanova" itu di ambil daripada nama seorang pengembara Itali iaitu Giovanni Giacomo Casanova. Beliau dilahirkan di Venice, Itali pada tahun 1725 dan merupakan anak kepada seorang aktres bernama Zanetta Farussi, isteri kepada pelakon bernama Gaetano Giuseppe Casanova yang merupakan sepupu kepada tokoh muzik dunia, Wolfgang Amadeus Mozart. Di dalam biografinya, beliau mengakui telah mula melakukan hubungan seks pada seawal usia 16 tahun. Pada usia tersebut juga beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang perundangan dari Universiti Padu. Dia juga mengambil kursus dalam falsafah moral, bidang kimia dan matematik di universiti yang sama. ( peerrgghh pada usia tu dah dapat Ph.D)
.
Pada 1740 Casanova kembali ke Venice di mana dia memulakan kerjayanya sebagai pendakwah bagi hal yang berkaitan undang-undang di gereja. Tetapi dia tidak menghabiskan banyak masa dengan kerjayanya di gereja oleh kerana sifat semulajadinya yang agak liar dan lebih banyak terdorong dengan aktiviti-aktiviti seksual. Kerjayanya di gereja juga banyak terpalit dengan skandal-skandal akibat tabiat buruknya tersebut. Selepas meninggalkan gereja, dia memasuki perkhidmatan tentera sebagai pegawai rendah tentera bagi Republik Venice. Dia dihantarkan ke Constantinople (Istanbul sekarang) untuk berkhidmat. Oleh kerana dia merasakan bosan dan menganggap kariernya dalam bidang ketenteraan tidak menjamin masa depannya, maka sekali lagi dia menukar karier.

Kembali ke Venice, dia menjadi seorang pemain biola dalam Teater San Samuele. Pada usia 21 tahun, dia telah menyelamatkan nyawa seorang bangsawan Venice dari keluarga Bragadin, yang mana mereka inilah yang menjadi tempatnya bergantung dan seterusnya mereka inilah yang menjadikannya sebagai salah seorang lelaki yang kaya raya. Casanova sekali lagi meninggalkan Venice pada 1748, kali ini juga disebabkan oleh satu lagi skandal di mana dia dituduh memperkosa seorang gadis. Bagaimanapun pertuduhan ke atasnya ini ditarik balik dan dibersihkan namanya.

Pada tahun 1756, beliau mengembara ke paris dan menjadi pemegang amanah Loteri Kebangsaan yang pertama. Kedudukannya ini menjadikannya dapat mengumpul kekayaan yang amat besar. Bagaimanapun sebahagian dari kekayaan yang terkumpul hilang akibat banyak kegiatan tidak bermoralnya dengan wanita-wanita yang menjadi pekerjanya. Akibat dari itu, dia menanggung hutang piutang yang banyak lalu dipenjarakan selama 4 hari atas sebab ini.

Casanova juga berhasrat untuk menjadi seorang paderi Katolik. Bagaimanapun niat itu ditukar dan beliau kemudiannya mengunjungi Albrecht von Haller dan Voltaire. Bermula 1760, dia mula mengelarkan dirinya dengan gelaran Chevalier de Seingalt (Chevalier merupakan gelaran bagi pangkat seperti panglima) dan terkadangnya dia menggunakan gelaran Count de Farussi (Farussi merupakan nama asal ibunya) dengan niat mengelabui mata orang ramai dan mencari kedudukan dalam masyarakat. Bagaimanapun, Pope Clement XIII akhirnya pada satu ketika menganugerahkannya dengan anugerah pingat Éperon d'Òr. Akhirnya Casanova memperolehi gelaran Chevaliar yang diidam-idamkannya secara sah menerusi pemberian angurah dari Pope tersebut.
 

Inilah potret Casanova yang dikatakan
raja segala kaki perempuan
Pada tahun 1785, dan seterusnya dia berkhidmat sebagai pustakawan kepada Count Joseph Karl von Waldstein, seorang chamberlain (pengurus kediaman diraja) bagi Maharaja di Istana Dux, Bohemia (kini dikenali sebagai Istana Duchov, Republik Czech). Disinilah tempatnya di mana dia memulakan usahanya menulis autobiografinya. Kehidupan diakhir-akhir penghujung usianya sangat membosankan, menyakitkan dan mengecewakan dirinya. Semua yang bekerja di Istana Dux tersebut membenci sikap dan perangainya dan dia bukanlah merupakan seorang yang dihormati di sana malah dibenci. Pada 1798 akhirnya dia menghembuskan nafas yang terakhir di tempat di mana ramai manusia disekelilingnya membenci dirinya.

Begitulah riwayat hidup seorang lelaki yang matinya tanpa disanjung malah di benci oleh masyarakat pada zamannya. Akan tetapi sekarang ini namanya diabadikan bagi gelaran lelaki yang kaki perempuan dan suka mempermainkan perasaan perempuan. Wassalam....


kongsi artikel ini dengan rakan anda 

Share 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kami di facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...