ORANG PERTAMA MENYEBARKAN SPAM DI INTERNET


 Gary Thuerk, Marketing Manager dari Digital Equipment Corporation (DEC), sebuah perusahaan komputer yang berasal daripada Amerika Syarikat merupakan orang pertama yang menyebarkan SPAM di Internet. Ia berlaku pada 3 Mei 1978 iaitu ketika beliau ingin menyiarkan iklan mengenai penjualan komputer terbaru dari perusahaannya di Los Angeles dan San Mateo, California.

Atas bantuan Carl Gartley iaitu pemilik akaun email yang dipinjam oleh Thuerk, ia mengirimkan spam pertama melalui jaringan ARPAnet, yang merupakan nenek moyang kepada jaringan Internet.


Pada masa itu, terdapat ribuan orang yang menggunakan jaringan ARPAnet ini, dan sebahagian besar dari mereka adalah para ilmuwan komputer. Thuerk telahpun menghantar email ke seluruh 400 anggota ARPAnet yang tinggal di kawasan barat Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, usaha Thuerk membuahkan hasil. Terdapat sebilangan pengguna yang mendapat emailnya itu akhirnya membeli produk yang dijual perusahaannya. Bahkan, menurut Computer World edisi 6 Mei 2011, penjualan daripda spam itu telah pun mencapai nilai 13 hingga 14 juta dolar AS.

‘Kejahatan’ yang dilakukan Thuerk itu diabadikan dalam sebuah rancangan televisyen yang bertajuk “SPAM: The Documentary.” Selain itu, ‘inovasi’ yang dibuat oleh Thuerk ini juga membuatkan dirinya tercatat dalam Guinness World Records sebagai bapa kepada para spammer.

Semasa beliau melakukan perkara itu, Thuerk tidak menyadari bahawa tindakannya merupakan salah satu tindakan yang mengubah sejarah dunia komputer & Internet, khususnya dalam dunia perniagaan. Untuk pengetahuan anda juga, akibat daripada idea dari Thuerk juga,sekitar 80% email yang dikirimkan di seluruh dunia pada masa ini merupakan spam. (Menurut Symantec berdasarkan statistik tahun lepas)



kongsi artikel ini dengan rakan anda 

Share 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kami di facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...