10 TASIK SEMULAJADI PALING BESAR DI DUNIA

1. Laut Kaspia

Disebabkan tersangatlah luas, ia tak digelar sebagai tasik lagi. Terpaksalah dipanggil sebagai laut. Tasik yang terbesar sekali di dunia ini terletak di antara Kazakhstan – Iran. Luasnya memang superb iaitu sebanyak 152,239 batu persgi (394,297 km persegi) dengan panjang sebanyak 745 batu (1,198 km) serta kedalaman yang mencecah 3,104 kaki (946 km). Untuk pengetahuan anda juga (mana-mana yang dah lupa syllabus Geografi Tingkatan 3), tasik ini juga mempunyai kemasinan seperti air laut. Tak hairanlah jika ia antara sebab tasik ini dipanggil sebagai laut.



 2. Tasik Superior

Tasik yang betul-betul superior nih adalah tasik semula jadi ke-2 terbesar sekali di dunia. Ia terletak di sempadan Amerika Syarikat – Kanada. Dengan luas sebanyak 31,820 batu persegi (82,413 km persegi) serta panjang sebanyak 383 batu (616 km) dan 1,333 kaki (406 meter) dalam merupakan tasik yang tak pernah henti dengan kunjungan penduduk di sekitarnya.


 3. Tasik Victoria

Next top-3 pula ialah Lake Victoria. Dengar nama pun dah cukup gah sekali. Tasik yang terletak di sempadan Tanzania-Uganda merangkumi luas sebanyak 26,828 batu persegi (69 484 km persegi) iaitu dengan panjang sebanyak 200 batu (321 km) serta dalam sehingga 270 kaki (82 meter).

4. Tasik Huron


Tasik yang merangkumi luas sebanyak 23,010 batu persegi (59,595 km persegi) mempunyai luas yang tidak jauh beza dengan Tasik Michigan. Panjangnya ialah 247 batu (397 km) dan dalamnya lebih kurang 750 kaki (228 meter) sahaja. Tasik ini anda semua boleh jumpai di sempadan Amerika Syarikat dan Kanada.


 5. Tasik Michigan

Tasik yang bukan adik beradik machine gun ini terletak di Amerika Syarikat mempunyai luas sebanyak 22,400 batu persegi (58,016 km persegi) serta panjang lebih daripada 321 batu (516 km). Dalamnya lebih sikit dari tasik Aral sahaja iaitu sebanyak 923 kaki (281 meter).



 6. Tasik Aral

Tasik yang ke-6 terbesar di dunia ini terletak di antara Kazakhstan-Uzbekistan. Tasik ini mempunyai luas sebanyak 13,000 batu persegi (33,669 km persegi) serta panjang 266 batu (428 km). Walaubagaimanapun tasik ni takdalah dalam kalau nak dibandingkan yang lain-lainnya iaitu hanya sebanyak 233 kaki (71 meter) dalam sahaja.



7. Tasik Tanganyika

Tasik Tanganyika merupakan antara tasik paling selepas Tasik Baikal. Dengan kedalam sebanyak 4,708 kaki sudah cukup untuknya dikategorikan antara tasik paling dalam sekali. Tasik yang teletak di Tanzania, Congo ini berkeluasan sebanyak 12,700 batu persegi dengan panjang tasik sebanyak 420 batu.

 8. Tasik Baikal

Tasik Baikal yang terletak di Russia ini merupakan tasik paling dalam sekali di dunia. Dengan kedalaman sebanyak 5,712 kaki (1,741 meter) sudah tentu membuatkan ibubapa melarang anak-anak mereka mendekati tasik ini. Tasik ini mempunyai luas sebanyak 12, 162 batu persegi (31,499 km persegi) serta panjang sebanyak 395 batu (635 km). Walaubagaimanapun bahaya tasik ini, ia merupakan antara tasik paling cantik sekali di dunia.


 9. Tasik Great Bear

Tasik yang seterusnya ini memang betul-betul hebat. Kalau tak sampai ia digelar sebagai Lake Great Bear kan??Tasik yang terletak di Kanada ni berkeluasan sebanyak 12,000 batu persegi (31 079 km persegi) dan mempunyai panjang sebanyak 232 batu (373 km) dan kedalaman pada paras 270 kaki (82 meter).


 10. Tasik Nyasa

 Tasik Nyasa yang terletak di Malawi-Mozambique-Tanzania merupakan tasik ke-10 terbesar di dunia. Dengan keluasan sebanyak 11,600 batu persegi (30,044 km persegi) serta mempunyai kedalaman sehingga 2,316 kaki (705m) rasanya sudah cukup kita nyatakan sebagai tasik paling besar sekali. Mana tidaknya, luasnya sahaja 16 kali lebih besar dari keluasan Tasik Bera di Malaysia (Tasik Semulajadi Terbesar Di Malaysia)

kongsi artikel ini dengan rakan anda 

Share 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kami di facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...