BUKA LAMAN WEB YANG DISEKAT DENGAN GOOGLE DNS

Seperti yang telah sedia maklum, kerajaan Malaysia telah menyekat beberapa laman web termasuklah laman perkongsian fail yang popular seperti Rapidshare dan Megaupload.

Cara yang paling mudah untuk mengatasi sekatan ini adalah dengan mengunakan Google DNS, iaitu “8.8.8.8” dan “8.8.4.4”. Ikuti panduan di bawah bagi keterangan langkah-demi langkah:

Cara-cara menggunakan Google DNS

1. Klik kanan pada ikon ‘Internet access’ pada taskbar anda, dan pilih “Open Network and Sharing Center”


2. Pada sidebar kiri, klik “Change adapter settings’”

 


3. Klik kanan pada sambungan Internet yang anda gunakan, dan pilih ‘Properties’

 


4. Pilih “Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)” ataupun “Internet Protocol Version 6 (TCP/IPv6)” dan klik pada butang ‘Properties’

 


5. Tandakan pada kotak “Use the following DNS server addresses” dan masukkan nilai berikut:
  • Preferred DNS server: 8.8.8.8
  • Alternate DNS server: 8.8.4.4


6. Klik OK dan tutup tetingkap tersebut. Kini ada sepatutnya sudah boleh melayari laman web yang disekat seperti Filestube dan Rapidshare.


kongsi artikel ini dengan rakan anda 

Share 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kami di facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...