Udara Ogos menyapa. Udara itu kemudiannya menyisir rambut mengurai Angah. Kemudian mengetuk jendela telinga Angah. Kemudian lagi, Angah ambil udara dan masukkan ke dalam botol kaca.
Angah tutup cepat-cepat. Angah goncang-goncang botol kaca. Botol jatuh. Botol pecah. Dari dalam botol, muncul arwah Nenek. Angah kaku. Raut wajah Nenek sama seperti raut arwah ibu. Nenek kemudian tersenyum. Nenek tersenyum manakala Angan masih terkejut amat.
Aku Nenekmu. Ibu kepada ibumu: Ujar Nenek. Angah yang pada mulanya ketakutan amat mula tenang selepas diredakan oleh Nenek. Angah yang pada mulanya ingin cepat lari cepat-cepat dipintas oleh Nenek. Angah tepuk-tepuk mukanya yang comot selepas makan aiskrim. Nenek yang melihat muka Angah comot hanya mampu senyum sinis.
Persis ibumu semasa zaman kanak-kanak. Comot tapi rajin. Comot tapi sopan: Ujar Nenek lembut. Angah pula, seakan-akan masih tidak percaya. Sama ada itu realiti itu fantasi. Sama ada itu hakiki atau mimpi. Angah tampar-tampar pipinya. Sakit. Sah. Angah bukan mimpi. Untuk kepastian sekali lagi, Angah pukul kepala. Sakit. Sah. Bukan mimpi.
Nenek mula bersuara. Cerita tentang zaman silamnya. Cerita tentang Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Ketika zaman darurat. Zaman Tanah Melayu masih dalam genggaman kuasa asing.
Ujar Nenek: Semasa zaman pemberontakan komunis di Tanah Melayu, orang Melayu hidup dalam ketakutan. Pembunuhan di mana-mana. Kematian di mana-mana. Paling Nenek takut, komunis akan membunuh sesiapa sahaja yang cuba melawan. Nenek juga takutkan Jepun. Jepun paksa minum air sabun sampai kembung. Kemudian Jepun akan suruh baring di tanah lalu perut dipijak, ujar Nenek. Ke mana sahaja Nenek melarikan diri, teman setia adalah kain putih. Kata nenek, untuk kapan jika dia mati tiba-tiba. Terbunuh atau dibunuh.
Nenek sendiri, pernah diacukan senapang patah tepat ke dahi kerana enggan menyerahkan beras yang diminta komunis. Masa itu, ibu Angah masih ranum sunti. Mujurlah ibu tidak apa-apa. Dan nenek pun tidak apa-apa.
Angah tidak faham sangat pada mulanya. Sebabnya, tanpa ditanya apa-apa, Nenek bercerita sesuatu yang tinggi pada jangkauan pemikiran Angah. Tentang historiografi tanah Melayu. Tentang darurat. Tentang Jepun. Tentang komunis. Angah umurnya baharu 6 tahun. Angah belum pun fasih membaca. Cuma sekadar belajar ABC 1 2 3 di Taska. Mujurlah Angah yang paling pandai dalam kelas.
Komunis tu siapa Nek? Jepun tu siapa Nek? Angah cepat-cepat bertanya inginkan kepastian. Angah yang tidak takut lagi kepada Nenek mula mesra. Kemudian Nenek menjawab begini: Komunisme adalah fahaman sempit yang mahu merosakkan Tanah Melayu. Mereka mahu memerintah dengan cara kekerasan. Mereka jahat. Ada nada geram di wajah Nenek. Mereka mahu jajah tanah Melayu seinci demi seinci. Tambah Nenek.
Ini tentu ada kaitan dengan Hari Kebangsaan kan Nek? Ini tentu ada kaitan dengan Sambutan Bulan Kemerdekaankan Nek? Angah menyampuk. Memang, Angah juga terlibat dalam pasukan koir sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah. Angah pandai nyanyi. Suara Angah sedap.
Pun, dalam kefahaman yang masih separuh-separuh, Angah masih bingung. Angah masih ragu. Ada aroma tidak jelas meronta-ronta dalam kantor mata Angah. Angah takut amat. Nenek sekali lagi menenangkan Angah.
Ya. Jawab Nenek pula. Kemudian nenek berkata: Komunis sangat kejam Angah. Mereka bukan sahaja ugut buruh lombong dan estet, malah mereka bakar kilang getah yang menjadi nadi ekonomi pada masa itu. Kontraktor, pengurus dan buruh yang enggan bekerjasama, mereka bunuh sesuka hati. Maut di mana-mana.
Angah terdiam. Namun mendengar penuh minat. Walaupun umurnya masih mentah, namun Angah berasakan dirinya seakan-akan genius. Sekarang, satu persatu kata-kata nenek masuk ke bebola otak Angah. Umur bukan penghalang untuk Angah memahami itu semua. Angah sedar, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, dia mesti tahu itu semua. Mesti faham asal-usul Tanah Melayu. Mesti faham sejarah Tanah Melayu. Lagipun dalam kelas, Angah pernah beritahu cikgu yang dia mahu jadi pemimpin untuk generasi akan datang.
Siapa Komunis sebenarnya Nek? Ada riak-riak ingin tahu terpancar dalam kilauan mata Angah. Cahayanya meronta-ronta.
Cukuplah sekadar Angah tahu yang fahaman komunisme adalah fahaman karut yang ingin mengkucar-kacirkan Tanah Melayu. Sekarang, jika ada yang cuba hidupkan fahaman komunis, Angah mesti tentang habis-habisan. Sudah cukup Nenek merana suatu ketika dahulu. Nenek sedikit berceramah.
Kemudian pula menyambung: Kegiatan komunis di Tanah Melayu adalah sebahagian daripada rancangan komunisme sejagat di Soviet Union ke kawasan yang masih dalam cengkaman Barat. Kekalahan parti komunis di Hungary dan Jerman pada tahun 1919 adalah petanda bahawa komunis gagal berkembang di negara-negara Eropah. Panjang lebar Nenek memberi penjelasan.
Jadi sebab itulah komunis memilih negara-negara timur? Dan salah satu mangsanya ialah Singapura dan Tanah Melayu? Tanya Angah inginkan kepastian. Nenek dengan wajah geram hanya menjawab: Ya!
Nenek terus bercerita. Wajah Nenek yang sudah tua, dengan raut wajahnya yang kusam Angah tenung dalam-dalam. Angah mendengar cerita nenek dengan penuh minat.
Pemilihan untuk mengembangkan pengaruh komunis di timur adalah seiring dengan pembentukan Comintern Third International di Moscow. Tambah nenek lagi.
Sekali lagi bermain-main di fikiran Angah, bagaimana Nenek yang wajahnya sudah tua amat menjadi pakar sejarah yang begitu tajam ingatannya. Melihat kekagetan yang mula terpancar di wajah Angah, Nenek berhenti seketika daripada bercerita. Nenek memegang bahu Angah. Dalam masa yang sama, cahaya matahari mula menerjah menandakan hari semakin meninggi. Sedang udara pula terus bertiup perlahan.
Serentak bahu Angah dipegang, dengan tongkat sakti di tangan, nenek memusing-musingkan tongkat itu tepat pada mata Angah. Dan Angah mula dapat melihat rentetan bagaimana sejarah komunis di papan skrin gergasi di depannya. Skin gergasi itu muncul tiba-tiba. Angah dapat lihat sendiri. Dengan jelas. Pembunuhan di mana-mana. Pertumpahan darah di mana-mana. Dengan paparan realiti kekejaman komunis, Angah semakin jelik. Angah semakin benci dengan komunis.
Lenin adalah individu yang bertanggungjawab membentuk Comintern untuk mengkoordinasi revolusioner kebangsaan. Nenek menambah. Sebab itu kita jangan terikut-ikut dengan fahaman Lenin. Kata Nenek sambil menunjuk wajah Lenin di skrin gergasi. Kemudian nenek menambah lagi: Namun anak-anak muda sekarang lebih suka dengan fahaman songsang. Mereka tidak sedar penjajahan era baharu sangat mencabar. Kuasa asing, terutama barat menanti-nanti kejatuhan kita. Mereka sentiasa menunggu peluang. Tambah Nenek lagi.
Angah sekali lagi melihat paparan wajah Lenin dengan raut-raut kebencian di skrin. Angah tiba-tiba menjadi benci amat kepada komunis yang pernah membuat huru-hara di Tanah Melayu.
Tapi apa dia Comintern dan Revolusioner Nek? Angah yang tadinya faham bertukar keliru. Namun segera dapat menangkap cerita-cerita Nenek apabila Nenek sekali lagi memusing-musingkan tongkat sakti tepat pada mata Angah. Semuanya terpapar di mata Angah. Dan Angah semakin faham dengan jelas.
-ii-
Nenek diam dan Angan pun diam. Untuk jeda masa yang agak lama, kemudian Angah pun bersuara bertanya itu ini. Lagi dan lagi.
Tapi Nek, Angah sekali lagi inginkan kepastian.
Kemudian menyambung: Bagaimana komunis boleh tersebar di Tanah Melayu. Sedangkan Tanah Melayu sangatlah luas. Tanya Angah. Tidakkah orang Melayu pada masa itu bekerjasama?
Nenek yang agak lama terdiam, masih juga terdiam. Melihat jauh ke dalam mata Angah yang sememangnya inginkan kepastian, Nenek dengan senyum menjawab satu demi satu. Satu demi satu. Sehinggalah Angah benar-benar faham. Faham dengan jelas.
Angah, Komunis bukanlah sembarangan kuasa. Mereka merancang dengan teliti sebelum bertindak. Mereka memulakan penyebaran ideologi komunis di kalangan orang Cina sekitar tahun 1921. Antaranya ialah dengan penyebaran risalah, surat berita dan buku. Semua bahan itu adalah propaganda yang mahu menyebarkan pengaruh dan kekuasaan. Mereka juga turut menyebarkan buku tulisan Tsz-Yan yang berjudul Komunis dan Negara China. Tambah Nenek lagi.
Akhirnya, pada 30 April 1930, tertubuhlah Parti Komunis Malaya atau PKM di Tanah Melayu. Maka bermulalah sekali lagi sejarah hitam bumi Melayu. Tambah Nenek panjang lebar. Angah semakin berminat.
Angah bimbang. Angah bimbang Komunis akan kembali. Angah tidak mahu mati sia-sia sebab dibunuh komunis. Angah tidak mahu perutnya dihenyak-henyak komunis. Nanti pecah macam belon. Sekali lagi, Angah diam. Dan Nenek pun diam.
Fikir Angah, tidakkah sedikit kelumit perasaan belas ihsan di hati komunis? Di mana sifat kemanusiaannya? Angah masih tertanya-tanya.
Jawab Nenek: Pernah, Komunis ditawarkan pengampunan oleh Tunku Abdul Rahman selepas parti Perikatan menang Pilihan Raya Umum Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1955. Namun, tawaran Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC ditolak mentah-mentah oleh komunis. Lihatlah, betapa sombongnya komunis. Ujar Nenek.
Bukan itu sahaja, Angah. Kita juga patut bersyukur kerana kita bebas merdeka pada tahun 1957. Ini semua resipi semangat patriotisme di kalangan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum. Acuannya adalah perpaduan. Tahukah Angah, selepas jatuhnya Melaka ke tangan Portugis, kini, sudah 500 tahun episod itu berlalu. Bukan sahaja komunis, malah British, Portugis dan Jepun juga sangat kejam semasa mereka menjajah tanah Melayu. Jangan lupa beritahu kawan-kawan Angah, hargailah, cintailah Malaysia yang sudah merdeka. Jangan ulangi lagi sejarah dan detik hitam. Anak-anak Malaysia mesti bersatu-padu. Mesti menggembling tenaga mengekalkan nikmat keamanan yang kita kecapi hari ini. Tambah Nenek lagi. Sekali lagi Nenek menggerakkan tongkat sakti lalu episod demi episod bermain-main di mata Angah. Paling Angah terkesan, semangat perjuangan wira-wira dahulu yang tidak betah walau seinci tanah bertuah dirampas penjajah laknat.
Itu Angah, lihat. Lihatlah bagaimana perjuangan Tok Janggut, Dol Said, Maharajalela, Abdul Rahman Limbong dan Rentap. Mereka bukan sahaja sanggup mati demi tanah berdaulat ini, malah mereka akan berkorban apa sahaja.
Angah terus memerhati.
Itu Angah, tengok betapa kejamnya Jepun. Tengok betapa kejamnya British. Mereka menyeksa pejuang-pejuang yang katanya penderhaka. Angah, mereka bukanlah penderhaka Angah. Mereka adalah pejuang sejati. Mereka berkorban demi agama, bangsa dan negara. Mereka berjuang tidak mengharapkan apa-apa balasan. Apatah lagi nama dan sanjungan.
Angah mula menitiskan air mata. Ada sedikit pilu memeluk hati melihat bagaimana peritnya pejuang-pejuang lampau mempertahankan erti keamanan. Erti kedaulatan. Melihat mata Angah yang mula bergenang, Nenek mula mengesat air mata Angah. Namun, ada setitik air mata Angah tidak sempat diseka lalu jatuh ke lantai bumi. Serentak dengan jatuhnya air mata Angah ke bumi, Nenek hilang dari pandangan.
Angah pusing kiri kanan. Angah dongak atas bawah. Tapi Nenek tidak ada. Nenek sudah hilang. Angah mula memanggil-manggil nama Nenek. Nenek tidak juga menyahut. Angah terdiam sambil berteleku. Angah pandang siling langit. Ada cahaya memancar-mancar. Ada udara membisik ke telinga Angah. Angah mengulangi apa yang dia buat tadi. Mengambil udara dan memasukkan dalam botol kaca. Dengan harapan Nenek akan muncul lagi. Angah terlupa mengirimkan salam buat arwah ibu.
-iii-
Angah goncang-goncang botol kaca. Kemudian botol pecah. Dari dalam botol itu, ada kepulan asap menongkat naik ke angkasa. Kepulan asap bersatu membentuk aksara - M-E-R-D-E-K-A.
Angah urut dada menarik nafas lega.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan