Nokia Keluarkan Smartphone Android Terbaru



TERUS mencabar pasaran telefon bimbit pintar masa kini, Nokia tampil memperkenalkan peranti bajet rendah menerusi Nokia X.

Telefon bimbit pintar yang dijana oleh sistem operasi Android selain dibina di atas sistem Antaramuka Pemprogram Aplikasi (API) Nokia ini turut dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon Dual Core 1 Gigaherz (GHz).

Disokong oleh bateri berkapasiti 1500 mAh, Nokia X mampu menyokong masa guna sehingga 13 jam serta dimuatkan dengan 18 aplikasi termasuk laman sosial Facebook, Vine dan Skype.

Menurut Ketua Pemasaran Pan Asia, Gary Chan, sistem operasi Android yang dibangun secara sumber terbuka itu akan memberikan pemiliknya pengalaman berbeza dengan telefon pintar lain dalam kelasnya.

Kombinasi unik yang ditonjol menjadikan Nokia X setara dengan telefon bimbit premium lain sekali gus meletakkan penanda aras baharu kepada pesaing.

Selain itu, dengan harga rendah dan mampu milik menjadikan peranti ini antara pilihan bagi mereka yang sukakan kelainan," katanya pada majlis memperkenalkan Nokia X di ibu negara baru-baru ini.

Dengan ukuran 115.5 x 63 x 10.4 milimeter dan berat 128.7 gram sudah pasti peranti ini mudah disimpan di dalam poket seluar mahupun beg tangan.

Sistem Operasi Nokia X yang dimiliki membolehkan peranti ini dimuatkan dengan sistem navigasi luar talian HERE Maps.

Berada di pasaran bermula pertengahan Mac, Nokia X diperkenalkan pada harga RM399 dengan empat pilihan warna iaitu hijau terang, putih, merah dan hitam.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Nokia X, boleh layari laman web www.nokia.com/about-nokia.

UTUSAN

Top 10 Referral Ke Blog Republic Of Monggol

Dah lama aku tinggalkan blog ni. Dah naik bersawang. Apa-apa pun aku
ucapkan terima kasih kepada blog-blog yang meletakan blog aku ke dalam
blog mereka. sebab itu blog aku ni masih ada pengunjung sehingga
kini. Tanpa mereka mungkin blog aku ni dah hilang dari dunia maya ni.
Di bawah ni adalah top 10 blog yang pelawat datang singgah blog aku.

1. shalehudin.blogspot.com

2. khalifahalhidayah.blogspot.com

3. www.kedahlanie.info

4. ustazlove.com

5. bloglistmalaysia.blogspot.com

6. addin77.blogspot.com

7. penpatah.blogspot.com

8. zoneduniakini.blogspot.com

9. streetvieuquiz.com

10. seleraorangkita.blogspot.com


Kepada sesiapa yang ingin kongsi link bolehlah letakkan blog korang
kat ruangan komen kat bawah ni. Nanti aku aku masukkan blog korang ke
dalam bloglist aku. Tapi korang juga mesti masukkan blog ni kedalam
bloglist korang..

Bandar Ghadames Yang Unik di Libya, Lelaki-Wanita Terpisah



Di Libya terdapat sebuah bandar yang unik disebabkan dua perkara. Pertama, senibina kawasan penempatan yang kompleks dan seperti sarang lebah. Yang kedua, bentuk tersebut mempunyia tujuan khas: Kaum lelaki dan wanita terpisah.


Sebagai penerapan sebuah hukum Islam agar menjauhkan zina (percampuran lelaki dan wanita) dalam kehidupan seharian, mungkin bandar Ghadames menjadi contoh yang unik. Kota ini disebut juga “pearl of the desert” atau “mutiara gurun”. Letaknya di Daerah Nalut, Tripolitania, sebelah barat daya Libya.

Populasi di Ghadames adalah sekitar 10000 orang. Rumah-rumah di tempat ini memiliki senibina khas vertikal – lantai dasar digunakan untuk menyimpan barang-barang, manakala lantai lain untuk keluarga, dan pada atas teras terbuka disediakan untuk para wanita.





Apa tujuan teras terbuka sambung-menyambung di bahagian atas? Di tempat inilah para wanita bergerak bebas, berkomunikasi  dengan teman dan tetangga, bahkan dapat bergerak ‘atap’ kota. Bahagian atas ini tertutup dari bahagian bawah. Maksudnya, kaum lelaki yang berada di bahagian bawah tidak dapat melihat kaum wanita. Trotoar atap memungkinkan wanita untuk bergerak bebas, tersembunyi dari pandangan lelaki. 

Ghademes adalah sebuah kota tua. Tercatat dalam sejarah, sudah wujud sejakzaman Rom, dan pada ketika itu pemukiman ini dikenali sebagai Cydamus, sebuah kota benteng di abad ke-1 SM.











Kisah Benar: Ketua kumpulan Al-Mau’unah Di saat Hukuman Tali Gantung

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.Sebuah kisah benar.Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan-banduan di sana…

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau
dan menceritakan pd beliau tentang seorang banduan yg bernama AMIN….Iaitu ketua kumpulan Al-Mau’unah yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Kalau orang yang dikenakan hukuman gantung semestinya kegelisahan,keresahan akan dirasai..

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

Gambar-Gambar seram Yang Di Ambil Penuh Risiko

Sebahagia besar dari anda mungkin ingin sekali pergi ke sebuah tempat yang mengejutkan dan berbeza dari kebanyakan orang. bahkan untuk mengambil foto yang unik. anda tidak segan-segan menempuh sebarang risiko


jika anda termasuk orang yang rela mengambil risiko demi sekeping foto yang luar biasa, anda tidak bersendirian. gambar yang kami tunjuk kan ini orang yang hampir mengorbankan nyawa mereka untuk mengambil gambar di tempat yang tidak sama dengan pilihan kebanyakan orang

bagaimanakah foto-foto mereka? yang pasti sangat mengejutkan dan unik sekali. lihat gambar-gambar di bawah di antaranya yang paling seram dan membuat kan anda menggelengkan kepala dan sambil berkata.. gilerrrr laaaaa!!!!!!











Artik Tiada Ais Menjelang 2030?

Cuaca semakin panas di Kutub Utara

COLORADO: Lautan ais di Artik dilaporkan cair pada kelajuan tertinggi pada tahun ini, menunjukkan kenaikan suhu di Kutub Utara semakin meningkat menyebabkan sebahagian besar kawasan Artik diramalkan tiada lagi ais 30 tahun
lagi.
Menurut pemantauan satelit Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC), hanya 15 peratus kawasan Artik diselaputi ais baru-baru ini, iaitu seluas 8.5 kilometer persegi, kadar paling rendah berbanding rekod sebelumnya yang dibuat pada 2007.

Selain itu, data terbaru Pusat Sains Pola Universiti Washington menunjukkan ketebalan ais kawasan Artik tahun ini juga adalah yang paling nipis.
Pengarah NSIDC, Mark Serreze, berkata sejak dua minggu lalu laut Artik kehilangan 150,000 kilometer persegi kawasan berais sehari.

“Kadar ais yang menutupi kawasan semakin berkurangan dan pada masa sama semakin menipis. Keadaan cuaca yang sebelum ini mencairkan ais menyebabkannya cair lebih pantas.

“Keadaan boleh berubah tetapi proses itu akan berterusan sehingga tiada lagi ais di Artik menjelang 2030. Kecairan ais akan berterusan,” kata Serreze.
Pemanasan global mencairkan ais Artik sejak 30 tahun lalu pada kadar tiga peratus setiap dekad secara purata. Tetapi dua data baru menunjukkan bahawa Artik yang bebas ais boleh menjadi kenyataan dalam masa 30 tahun, jika ia berterusan.

Ia adalah 40 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan dalam penilaian laporan terakhir Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).

Lautan ais yang berada pada tahap maksimum pada Mac dan paling rendah dalam September setiap tahun disifatkan ‘keadaan yang membimbangkan’ bagi perubahan iklim kerana cuaca kutub semakin panas lebih cepat berbanding tempat lain di Bumi.

Berdasarkan NSIDC, suhu udara bagi Jun 2011 adalah antara 1 dan 4 darjah Celsius lebih tinggi kepanasannya berbanding kebanyakan tempat lain di Artik.

Keputusan itu menyokong kajian dalam jurnal sains baru-baru ini yang mengatakan bahawa aliran air dari Atlantik ke laut Artik adalah lebih panas hari ini berbanding 2,000 tahun dan boleh menjadi satu penerangan kepada kecairan lautan ais besar-besaran sekarang yang dipantau.

Simulasi komputer oleh NASA menunjukkan bahawa kecairan ais Laut Artik tidak akan berterusan secara tetap. Berbanding dengan 1950-an, lebih separuh ais Laut Artik sudah hilang.

Pengasas halaman web pemantauan iklim Weather Underground, Jeff Masters, berkata satu sistem tekanan tinggi berpusat di utara Alaska menyebabkan langit cerah dan sinaran matahari mencairkan ais Artik.

“Gabungan tindakan udara mengikut aliran jam di sekitar kawasan tinggi tinggi dan melawan arah jam di seluruh sistem tekanan rendah berhampiran pantai barat Siberia menyebabkan panas, angin selatan ke Artik yang mendesak ais jauh dari pantai Siberia, menggalakkan pencairan,” katanya. – Agensi


5 kematian paling pelik di dunia


Kisah 5 Misteri Kematian Paling Pelik Di Dunia | Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dengan ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. TApi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di bawah ini lebih pelik. Tak percaya? Jom baca!

1. Meninggal kerana janggut 
Hans Steininger,merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati. 

2. Meninggal kerana menendang peti 
Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel,seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee,Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nombor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi,dan akhirnya membunuhnya. 

3. Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler
Pada tahun 1943,seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler. 

4. Meninggal kerana kulit jeruk 
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang ahli lagak ngeri.Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan mengguankan tong barrel.Dia meninggal tahun 1926 kerana tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan,di Selandia Baru.Kakinya patah dan terjadi infeksi yang parah. 

5. Meninggal kerana menahan buang air kecil 
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi.Pada tahun 1601,beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama,di Praha (sekarang czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa ketika menghadiri jamuan makan,buang air adalah sangat tidak sopan.Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan itu berlangsung.Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.

Namun apa cara pon kematian kita, jika kita sudah ditakdirkan meninggal dunia, maka meninggal lah kita!

Potret Monalisa Yang Terus Menjadi Misteri

Siapa yang tidak kenal dengan potret/lukisan Monalisa. Lukisan yang sangat terkenal. Nak dijadikan cerita, potret Monalisa ini merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini. 
 
Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu. Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Misteri Potret Monalisa
  • Identiti Monalisa itu sendiri.
  • Riak wajah Monalisa.
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa. 
Teori Mengenai Monalisa
  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!

Dr. Lillian Schwartz of Bell Labs suggests that Leonardo painted himself, and was able to support her theory by analyzing the facial features of Leonardo's face and that of the famous painting, She digitized both the self-portrait of the artist and the Mona Lisa. She flipped the self portrait and merged the two images together using a computer. She noticed the features of the face aligned perfectly! [Source]

Fakta Potret Monalisa
  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.
  • Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
  • Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 TAHUN SELEPAS KEMATIAN LEONARDO. Selain Monalisa, potret ni dikenali sebagai La Gioconda.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Ini disokong oleh nilai norma/etika masa tu, iaitu Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

Kisah Seorang Ibu Yang Pembohong

IBU SAYA, JUGA IBU ANDA, SEBENARNYA PENIPU!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

kami di facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...